Bayi yang berusia 120 hari ke atas mempunyai status seperti mana manusia yang hidup diluar kandungan. Bayi tersebut ada hak utuk hidup iaitu keselamatan jiwanya wajib dihormati oleh semua manusia.
Apakah yang menjadi hak bayi dalam kandungan jika sudah berusia 120 hari ke atas?? Sapakah yang wajib menjamin dan melindungi hak bayi dalam kandungan??
Tentang hak keatas keselamatan jiwa ini Allah telah berfirman sebagai berikut:
“ Dan janganlah kamu sekelian membunuh suatu jiwa yang telah Allah haramkan (utuk membunuhnya), kecuali kerana suatu hak…”
(Surah Al-Isra’ : 33)
“Hak” yang dimaksudkan pada ayat berkenaan ialah kerana yang bersangkutan melanggar larangan syariat yang hukumannya adalah humkuman mati atau hukuman bunuh.
Perbuatan jahat yang dibalas dengan hukuman bunuh (mati) ialah :
- Membunuh orang dengan sengaja.
- Lelaki atau perempuan yang telah berkawin kemudian berzina.
- Murtad iaitu keluar dari Islam sambil memusuhi Islam.
- Memberontak kepada pemeriantah Islam yang sah.
- Merompak atau menyamun
- Menghina Allah dan Rasulullah.