Thursday, 14 April 2011

Nazar Ketika Hamil

Seseorang wanita hamil adakalanya mengalami beberapa kali keguguran sehingga sangat sukar untuk hamil dengan sempurna sehingga bayi dilahirkan.  Sesorang wanita mungkin juga telah puluhan tahun menginginkan anak, tetapi ketika usia yang cukup lanjut  dikurniakan Allah hamil, kemudian dia bernazar anaknya kelak akan dijadikan seorang pejuang agama Allah dan sebagainya.

BAGAIMANAkah tuntutan Islam tentang wanita hamil, bernazar agar anak yang dikandungnya kelak menjadi manusia yang diharapkan oleh orang tuanya??

Berhubung dengan wanita yang bernazar, Allah sebutkan dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 35-37 bermaksud;


“(35) – “Ingatla.. ketika isteri ‘ Imran berkata, “Ya, Tuhanku, sesungguhnya ajy menazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku ini menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (diBaitul Maqdis).  Kerana itu, terimalah nazar itu dariku.  Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“(36) – “Maka ketika isteri ‘Imran melahirkan anak itu dia pun berkata : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah melahirkan seorang bayi perempuan.  Sesungguhnya aku berikan kepadanya ama Maryam dan aku mohon perlindungan kepadaMu untuknya dan anak keturunannya dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

“(37) – Lalu Tuhannya menerimanya sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik; dan Allah menjadikan Zakarian pemerliharaannya.  Setiap hari Zakarian masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati makanan disisinya.  Zakaria berkata: “Hai, Maryam, dari mana kamu mendapat makanan ini?”  Jawapnya: “Makanan itu dari Allah, Sesungguhnya Dia memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa perhitungan.”

Ayat ni menegaskan bahawa ibu yang hamil boleh berazar agar anak yang dikandunginya kelak menjadi anak yang soleh.

Setelah nyata anak itu lahir seorang anak perempuan isteri Imran merasa sedih dan putus harapan anggapannya seorang perepuan tidak patut memenuhi nazarnya yang mulia itu.  Namun Allah Maha Mengetahui martabat bayi perempuan yang dilahirkannya itu dikemudian hari. Tidak patutnya isteri Imran bersedih dan berputus harap.

Ayat 36, Allah menegaskan bahawa apa pun jenis jantina bayi yang yang dilahirkan itu tidaklah menjadi halangan untuk memenuhi nazar ibunya.  Allah tidak membezakan amal seorang perempuan dari seorang lelaki.  Anggapan bahawa seorang perepuan tidak patut berkhidmat dalam perjuangan agama Allah adalah salah.

Setelah isteri Imran menyedari bahawa Allah tidak membezakan martabat dan nilai amal soleh seorang perempuan dan lelaki maka dia tidak jadi menarik balik nazarnya iiaitu menyerahkan anak perempuannya untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.  Isteri Imran memohon kepada Allah agar melindungi Maryam dari godaan terkutuk.

Rasullah penah bersabda :

“ Setiap anak Adam yang dilahirkan disentuh oleh syaitan pada saat dilahirkan oleh ibunya kecuali Maryam dan anaknya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nazar yang diucapkan oleh ibu yang hamil, haruslah dipenuhi.  Nazar yang tidak dipenuhi, wajib bayar kafart iaitu member makan orang miskin sebanyak 60 orang.  Kafarat itu boleh dibayar sekaligus atau boleh dibayar ansur-ansur sesuai dengan kemampuannya.

Jika anak yang dinazarkan itu kemudian tidak mahu memenuhi kemahuan ibu atau orang tuanya, orang tua wajib menebus nazarnya dengan membayar kafarat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...