Friday, 15 April 2011

Pantang Wanita Hamil

BERPANTANG bagi wanita hamil dibahagi kepada dua jenis.

Pertama : pantang berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat.

Kedua : pantang berdasarkan pertimbangan perubatan.

Pantang bahagian pertama, iaitu suatu pantang bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu berdasarkan pada kepercayaan sesuatu masyarakat bahawa kalu suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, kelak bayinya akan cacat atau wanita bersangkutan akan tersiksa ketika melahirkannya.


Misalnya, pantang untuk membunuh cicak, masak hasil buruan, menyembelih ayam, melalui pohon besar tertentu dan lain-lain yang berasl dari dongeng atau kepercayaan nenek moyang dahulu. Cerita dongeng dan kepercayaan nenek moyang adalah perbuatan syirik, adalah haram.

Tiarah ialah merasa sial atau akan bahaya kerana mendapat isyarat kejadian tertentu pada binatang.  Tertimpa cicak dianggap bala atau malapetaka yang akan diterima oleh empunya atau ahli keluarganya.

Larangan Tiarah ini disebutkan dalam hadis berikut:

“Dari Qabishah bin Mukhariq, ujurnya: “Saya mendengar Rasullah saw bersabda: “ Membaca garis tangan  merenung nasib (dengan isyrat kejadian tertentu) dan melepas burung untuk diketahui apakah terbang ke kiri atau kanan adalah perbuatan sesat.”

(Riwayat Abu Dawud)

Pantang kedua, pantang yang berdasrkan pertimbangan perbuatan atas kesihatan.  Mislanya, wanita hamil tidak boleh banyak makan nenas kerana menyebabkan keguguran atau wanita hamil dilarang meminum ubat tertentu tanpa nasihat doctor kerana membahayakan keselamatan bayi dalam kandungan.

Pantang yang berdasarkan pertimbangan ini kalau dilanggar oleh wanita hamil dipandang melalukan tindakan menganiaya diri bahkan merupakan tidkan bunuh diri.  Kalau telah terbukti secara peruabatan bahawa makan nenas banyak boleh menggugurkan kandungan lalu tetap dilanggar oleh seorang wanita yang sedang hamil, ia dikira tidak berbuat dosa jika terbukti kemudian kandungannya gugur dan janinnya telah berumur lebih 120 hari.

Allah melarang siapa pun melakukan bunuh diri dengan apa pun alasan.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah :

“.. dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan..”

Setiap wanita hamil haruslah mengetahui ubat dan makan apa yang sahaja yang menyebabkan bahaya bagi dirinya dan janinnya atau menyebabkan cacat pada janin sekalipun ibunya tidak.  Mengetahui hal-hal seperti di atas adalah wajib agar dapat terselamat dari bencana.

1 comment:

  1. Tq for the great info!
    http://vitamincintaummi.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...