Friday 15 April 2011

Setiap Manusia yang bernyawa Allah bagi HAK termasuk pada bayi dalam kandungan

Bayi yang berusia 120 hari ke atas mempunyai status seperti mana manusia yang hidup diluar kandungan.  Bayi tersebut ada hak utuk hidup iaitu keselamatan jiwanya wajib dihormati oleh semua manusia.

Apakah yang menjadi hak bayi dalam kandungan jika sudah berusia 120 hari ke atas?? Sapakah yang wajib menjamin dan melindungi hak bayi dalam kandungan??

Tentang hak keatas keselamatan jiwa ini Allah telah berfirman sebagai berikut:

“ Dan janganlah kamu sekelian membunuh suatu jiwa yang telah Allah haramkan (utuk membunuhnya), kecuali kerana suatu hak…”
(Surah Al-Isra’ : 33)

“Hak” yang dimaksudkan pada ayat berkenaan ialah kerana yang bersangkutan melanggar larangan syariat yang hukumannya adalah humkuman mati atau hukuman bunuh.

Perbuatan jahat yang dibalas dengan hukuman bunuh (mati) ialah :


  1. Membunuh orang dengan sengaja.
  2. Lelaki atau perempuan yang telah berkawin kemudian berzina.
  3. Murtad iaitu keluar dari Islam sambil memusuhi Islam.
  4. Memberontak kepada pemeriantah Islam yang sah.
  5. Merompak atau menyamun
  6. Menghina Allah dan Rasulullah.


Bayi dalam kandungan sudah pasti tidak boleh berbuat salah sati dari dosa-dosa di atas. Seorang bayi dalam kandungan sekalipun hasil hubungan terlarang iaitu perbuatan zina tetap wajib dihormati hak hidupnya.

Jika seorng ayah atau suatu satu keluarga yang mendapat tahu salah seorang anak perempuannya hamil kerana berzina lalu mereka malu dan maraah atas perbuatan anaknya tersebut kemudian menyuruh anaknya agar menguggurkan kandungannya kandungannya padahal telah lebih 120 hari suai kandungannya. 

Ayah atau ahli keluarganya telah melakukan satu dosa besar, pelakunya dikatakan berbuat dosa besar kerana sama dengan membunuh seorang manusia yang hidup di luar rahim ibunya.

Bagaimana hukumnya bila kerajaan Islam dalam menjalankan syariat Islam melaksanakan hukuman atas wanita hamil kerana berzina itu??

Jawapannya, perhatikan hadis dibawah;


 “ Dari Abi Nujaid, iaitu ‘Imran bin Hushain Al-Khuza’I ujurnya: “ Seorang perempuan dari suku Juhainah dating kepada Rasulullah saw dalam keadaan hamil kerana zina.  Ujurnya: “ Ya Rasulullah, saya telah melanggar hokum Allah, kenakanlah kepada diriku hukuman.  Lalu Nabi Allah memanggil walinya, kemudian berkata. “Layanilah wanita ini dengan bail. Jika kelak melahirkan, bawalah kepadaku!” Lalu walinya melaksanakannya. Lalu Nabi SAW menyuruh wanita itu ( untuk menjalani hukuman), lalu kainnya diikatkan pada dirinya, kemudian direjam sampai mati.  Kemudian Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Lalu Umar berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tuan solatkan jenazahnya, padahal dia berzina?” Sabdanya : “Ia telah bertaubat dengan taubat yang jujur, yang kalau dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah, tentu akan mencukupi mereka dengan baik. APakah ada orang yang lebih baik daripada seseorang yang menyerahkan dirinya pada hokum Allah.’”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan perlakuan Rasulullah saw kepada wanita yang hamil kerana zina. Dia sebarusnya diream iaitu badannya ditanam sampai dada lalu kepalanya dilempari batu sampai mati namun hukuman tersebut Rasulullah tanpa sampai bayinya lahir.

Kesimpulannya: Untuk menghormati hak hidup bayi yang ada dalam kandungan wanita tersebut, yang berdosa adalah ibunya dan lelaki yang menzinanya sedangkan bayi yang ada dalam kandungan adalah seorang hamba Allah yang bersih daripada dosa.

Jika terjadi, seseorang yang hamil mencuri misalnya, dia tidak boleh dipenjara atau ditahan dalam waktu mengandung.

Setelah dia melahirkan bayinya  wanita tersebut baru boleh disuruh menjalani hukuman. Jika wanita tersbut ditahan, maka kerajaan telah berbuat dosa kepada bayi tersebut juga dosa kepada Allah dan RasulNya.


2 comments:

  1. trus gmana hukum berzina saat ini?? apakah dijalankan seperti dahulu kala??
    misalkan iya, bagaimana nasib bayi yang ditinggal wafat kedua ortunya karena kedua ortunya di hukum??
    bagaimana hukumnya yang ideal??

    ReplyDelete
  2. Yang berzina pastinya.. Rejam sampai mati.. jika dia mengandung.. selepas dia melahirkan bayinya dan sehingga anaknya selesai berhenti menyusu, dia akan menjalani hukuman.. Hal ni ada diceritakan di zaman Rasulullah SAW, suatu ketika dahulu dimana ada seorang wanita mengakui dia penah berzina dan kini mengandungi. Para sahabat penah menghina, lalu Rasulullah SAW menjawap, Wanita ni sudah bertaubat!!! Maka para sahabat tunduk sedey dan menyesali akan perbuatan mereka.

    Sepatutnya hukum HUDUD, harus dijalankan di MALAYSIA ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...