Akhlak suami terhadap isteri yang hamil, bagaimana caranya??
Wanita yang hamil perlukan perhatian yang lebih dari suami, terutama ketika beliau tengah sarat dan menunggu saat memperjuangkan nyawa yang hampir berada dihujung tanduk.
Ada juga, si suami yang tidak tahan dengan karenah isterinya, lalu dilafazkan talak.. Hal ni berlaku kepada pasangan yang kurang ada sifat sabar dan panas baran.
Marilah sama-sama kita hayati salah satu ayat di dalam Al-Quran surah Ath-Tholaq ayat 6 yang bermaksud:
Ayat ni memberi maksud terhadap suami kepada isterinya yang telah diceraikan, sebanyak tiga kali. Bekas isterinya ini tidak boleh diperlakukan ikut suka hatinya sehingga ia hidup susah dan terlantar. Bila isteri yang diceraikan itu sedang hamil, maka suami yang menceraikannya wajib member nafkah sampai isterinya melahirkan anaknya.
Ayat yang sama Allah berfirman yang bermaksud :
“… dan jika mereka hamil, hendaklah kamu berikan nafkah kepada mereka sampai mereka melahirkan…”
Seorang isteri yang sedang hamil perlu sekali mendapat layanan yang baik, menyenangkan, besar hatinya dalam memikul beban dan kesusahan semasa hamil, sehingga isteri tidak merasa beliau bersendirian dalam berjuang mempertahankan kandungan sehingga bayinya lahir.
Akhlak yang baik harus ditunjukkan oleh suami terhadap isterinya dan jangan ada yang menyebabkan bebanan mental isteri yang sedang hamil. Kerana jika isteri tertekan maka bayi akan mewarisi perlakuan tersebut.
Sikap suami terhadap isteri hendaklah selari dengan akhlak Islam, kerana ada kalanya isteri yang hamil meminta sesuatu yang aneh, suami harus tabah menghadapi dengan sikap yang terpuji berdasarkan tuntutan agama. Permintaan yang baik dan halal, hendaklah dipenuhi.
Menunggu isteri melahirkan menurut Islam adalah tidak wajib, juga tidak sunnah tetapi harus, iaitu berserah kemahuan yang berkaitan. Mencari nafkah untuk kepentingan keluarga adalah wajib atas suami.
Jika suami menunggu isterinya bersalin menyebabkan pekerjaan rugi dan menambahkan beban hutang, maka suami wajib pergi mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga.
Secara ringkasnya akhlak yang mulia dan ucapan suami terhadap isterinya yang hamil hendaklah dapat memberi dorongan dan semangat kepada isterinya agat hidup tenang, senang, tenteram dan selalu dekat kepada Allah. Dengan ni, isteri yang hamil tidak merasa berat dan susahnya mengandung.
No comments:
Post a Comment