Wednesday, 23 February 2011

Puasa Bagi Wanita Hamil

Puasa dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam.  Ibadah ini tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim yang telah baligh dan sihat akalnya.

Bagaiman kalau wanita hamil tidak sanggup mengerjakannya atau menggantikannya pada hari-hari lain dengan berpuasa atau apakah gantinya itu bebentuk lain??

Untuk mendapatkan keterangan, mari kita lihat ayat Al-Quran tentang puasa Ramadhan:

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184:

“ Hai orang-orang yang beriman diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajipkan kepada orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.  Beberapa hari tertentu sesapa diantara kamu sakit atau musafir (lalu tidak berpuasa) hendaklah digantikan pada hari-hari lainnya; dan bagi orang tidak mampu melalukannya, maka gantinya ialah dengan membayar fidayah (iaitu memberi makan seorang miskin bagi setiap hari); dan sesapa dengan senang hati berbuat baik, hal itu adalah baik bagi dirinya; dan kamu berpuasa, hal itu lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui.”


Dari keterangan ayat di atas, orang-orang yang dimaafkan berpuasa adalah :
  1. Orang sakit
  2. Orang musafir
  3. Orang yang tidak sanggup melakukan

Golongan 1 dan 2, kalau tidak berpuasa, mereka harus menggantikannya pada hari lainnya sejumlah hari-hari yang ditinggalkan.  Misalnya, dalam bulan Ramadhan sakit atau musafir selama 10 hari, lalu tidak berpuasa, mereka hanya menggantikan 10 hari pula pada bulan-bulan lain.  Termasuk dalam pengertian sakit adalah wanita haid dan nifas.

Golongan 3, iaitu orang yang tidak sanggup melakukan puasa, penggantinya adalah membayar denda (fidayah), iaitu memberi makan satu hari seorang kepada fakir miskin. Orang-orang yang tidak sanggup melakukannya puasa, itu adalah terjemahan dari ayat berbunyi;

“Menurut sahabat Ibu ‘Abbas, yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah: “Lelaki dan wanita usia tua bila mereka tidak sanggup berpuasa dan sebagai gantinya ialah memeri makan setiap hari seorang orang miskin.”
)Tafsir Ibnu Katsir 1:377)

Menurut Mazhab Shafie, wanita hamil dan menyusukan bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajip berbuka, tidak paya berpuasa.  Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengganda puasanya kelak.

Antara alasan yang diberikan oleh wanita hamil, mereka berupaya melaksanakan tuntutan ini.  Ada juga yang menyatakan mereka enggan menggantikan puasa mereka kerana tiada kawan.

Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.

Jadi, apabila tidak ada masalah kesihatan pada si ibu mahupun janin dan berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti biasa. Sebaliknya, bagi kehamilan bermasalah sebaiknya tidak berpuasa.


Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya.



Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu selain harus memikirkan keperluan dirinya sendiri, juga janin yang sedang dikandungnya.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.


Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.



Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.


Bagi wanita-wanita yang hamil dan menyusui, mereka digolongkan ke dalam orang-ornag yang tidak sanggup berpausa bila dikhuatirkan akan menggangu kesihatan ibu dan keselamatan bayi.  Tafsir Ibnu Katsir ayat 1:379 berbunyi;

“…dan termasuk dalam pengertian ini (tidak sanggup puasa) ialah wanita hamil dan menyusu kerana mereka khuatir atas keselamatan diri mereka dan anaknya.”

Bagi wanita hamil, jika dia tidak kuat berpuasa atau terganggu kesihatan dirinya dan bayinya, dia boleh tidak berpuasa, gantinya wajib membayar fiyah, iaitu member makan seorng miskin untuk sehari tidak berpuasa dengan secampak beras.  Fidyah ini boleh dibayar ketika itu atau pada hari lain ketika dia mampu.

Jika dia tidka berpuasa sebulan penuh maka fidyahnya sebulan penuh.  Boleh dibayar dalam bentuk makanan dan boleh juga dibayar dengan wang sebanyak harga makanan sehari.  Bila yang bersangkutan mengeluarkan belanja makanan sehari RM 10.00 maka fidyah yang harus dibayar juga sebanyak itu.  Mengikut sunnah perlu dibayarkan lebih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...