Solat Fardu merupakan perkara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh seseorang yang bergelar muslim yang telah cukup syarat. Walaupun dimana sahaja kita berada di bawah tanah, di angkasa lepas, di dalam dewan bedah, apa pun yang sednag kita lakukan, walau apa pun yang berlaku kecuali pengsan, gila, haid dan nifas, kita WAJIB menunaikan fardu solat.
Berbalik kepad wanita yang hamil, setiap perasaan yang dialami oleh mereka berbeza. Ada yang hamil, sejak mula-mula lagi badannya lemah, ada yang kuat sehingga sampai saat melahirkan dan ada yang tidak boleh bangun dari tempat tidurnya kerana lemah dan mual.
Keadaan badan yang melemah, yang hanya terbaring di tempat tidur tentu sukar melalukan solat seperti biasa. Bagi muslimah yang hamil mengetahui ketentuan agama tentang cara solat dan wuduk dalam keadaan tertentu. Kerana kewajipan solat tidak boleh ditinggakan oleh setiap muslim yang sudah baligh dan berakal sihat sekalipun ia sedang sakit ataupun dalam perjalanan.
Perlu diketahui bahawa tiap-tiap solat baik wajib maupun solat sunnat, harus dilakukan pada waktu yang telah ditentukan. Allah penah berfirman dalam surah An-Niza ayat 103 bermaksud:
“…Sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan atas orang-orangmukmin yang waktunya sudah ditetapkan.”
Kita tidak boleh mengerjakan solat di luar waktu yang ditetapkan kecuali yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Diantara ketentuan itu ialah menjamak solat zohor dan asar pada waktu zohor atau asar, menjamak waktu magrib dan isya’ pada waktu magrib atau isya’.
Contohnya dari Rasulullah SAW seperti tersebut dalam hadis :
“Dari Anas, ujurnya “Adalah Nabis SAW menjamak solat magrib dan isya’ dalam perjalanan.”
(Riwayat Bukhari)
Ertinya:
“Rasulullah SAW menjamak solat zohor dan asar, magrib dan isya’ di Madinah bukan kerana takut dan bukan pula, kerana hujan.”
Hadis pertama menerangkan, seseorang dalam perjalanan boleh menjamak solat zohor dan asar pada salah satu waktu tersebut. Boleh jamak taqdim atau jamak takhir. Begitu juga dengan solat magrib dan isya’.
Hadis kedua menerangkan, Rasulullah SAW penah melalukan solat jamak, padahal beliau berada di rumah sendiri iaitu di Madinah. Beliau melakukan itu bukan kerana kesibukan atau keadaan lain yang menyebabkan perlu menjamak solat.
Wanita hamil yang mengalami kesulitan untuk berulangkali berwuduk sedangkan kesihatanya terganggu, wanita ini boleh melakukan solat jamak setiap hari.
Cara melakukan solat, sekiranya tidak boleh dilakukan dengan berdiri, ianya dapat dilakukan dengan cara duduk, bila tidak boleh jugak, boleh dilakukan dengan cara berbaring mengadap kiblat. Ada tersebut didalam hadis berikut:
“Dari Imran bin Husain, ujarnya: “Saya dahulu penah sakit buasir. Lalu saya bertanya kepada Nabi SAW.. Maka sabdanya: Solatlah dengan berdiri, jika tidak sanggup dengan susuk, jika tidak sanggup, dengan berbaring.”
(Riwayat Bukhari)
Berbaring ialah solah dengan tidur mengiring ke kanan menghadap kiblat.
Surah Al-Baqarah (s) ayat 128 bermaksud :
“Wahai Tuhan kami! Jadikan kami berdua; Orang-orang Islam (yang beserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam(yang beserha diri) kepadaMU dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhya Engkau;ah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.”
No comments:
Post a Comment