Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Setiap wanita yang hamil mengalami perkembangan fizikal mengikut bulan ke bulan. Bulan-bulan pertama tidak begitu terasa berat dan melemahkan kekuatan jasmaninya. Ada juga yang sejak berbulan-bulan pertama telah mengalami perubahan fizikal yang cukup berat. Sering muntah, pening dan rasa mual, sehingga lebih banyak terbaring di tempat tidur daripada berjalan.
Keadaan ini menjadikan bakal ibu mengalami kelelahan, kelemahan dan kelesuan, bukanlah sebagai suatu azab, ini merupakan titik permulaan perkembangan jasmani yang wajar. Allah tidak menjadikan kehamilan sebagai hukuman bagi calon ibu, tetapi sebagai kurnia dan rahmat.
Allah berfirman dalam surah Luqman ayat 14:
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbakti) kepada ibubapanya. Ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah lemah dan menyusukan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibubapamu, hanya kepadaKulah kamu kembali.”
Ayat ini menjelaskan tentang perkembangan jasmani wanita hamil, iaitu dirinya merasa dari hari ke sehari bertambah berat kandungannya. Bulan-bulan semakin tua semakin lemah jasmaninya sehingga tidak sanggup lagi berdiri apalagi bekerja.
Janganlah dianggap sebagai satu azab dari Allah. Allah tidaklah berkehendak menimpakan azab, tetapi itu merupakan fitrah yang Allah tetapkan bagi wanita hamil. Kelemahann jasmani seperti itu telah berjalan sejak wanita pertama di dunia ini hamil, iaitu isteri Nabi Adam, Hawa.
Perbezaan yang terjadi pada masing-masing, wanita hamil mungkin pada daya tahan dan perasaan saja. Ada yang merasakan dirinya lemah sekali dan kelesuan badannya, ada juga yang terasa ringan sja ini bergantung pada situasi persekitaran keluarga wanita itu sendiri.
Wanita hamil hendaklah menerima dengan ketulusan hati, kesediaan menderita, sikap tawakal sepenuhnya kepada Allah dan penuh harap akan rahmatNya. Wanita hamil bertawakal akan merasakan ringan beban batin selama 9 bulan.
Sikap berserah kepada Allah dapat menghilangkan rasa cemas dan sikap penuh harap terhadap rahmat Allah untuk membantunya menjalani kehamilan dengan rasa bangga dan tabah.
Bagi wanita hamil perjalanan hari ke sehari terasa panjang dan lama. Pertumbuhan janin itu sendiri telah Allah tetapkan tempatnya iaitu didalam rahim. Batas waktu juga telah Allah tetapkan, iaitu lebih kurang 9 bulan.
Allah menetapkan seperti itu kepada wanita hamil selayaknyalah Allah memberikannya pahala besar seperti pahala lelaki mukmin yang berperang di jalan Allah, mengusuri musuh-musuh agama.
Bagi wanita hamil yang bertambah hari semakin lemah, hendaklah berbahagia kerana yang sedang didahapinya adalah rahmat Allah dan amanah yang dipercayakan kepada anda.
Subhanallah.
No comments:
Post a Comment