Setiap isteri pada umumnya mahu membuktikan kasih sayangnya dan cintanya terhadap suami. Bukti cintanya apabila si isteri sangat gembira ianya hamil dari benih suami tercinta. Ada separuh isteri merasa mengandung diawal perkahwinan merupakan gangguan bagi mereka yang mengejar karier.
Sekiranya ada setengah isteri enggan untuk hamil kerana pelbagai tuntutan ego dirinya, Ini kerana, keturunan manusia akan terhenti dan dunia akan didiami oleh manusia yang bersisa untuk beberapa puluhan tahun sahaja. Saat ni kita perlu cemas, bahawa dunia hampir kiamat.
Kehamilan bagi seorang isteri merupakan satu tugas yang mulia disisi ALLAH, bebanan kepada dirinya selagi mana caranya adalah sah dari tuntutan agama.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bermaksud, “Perempuan yang menjaga Ibrahim, putera Rasuluulah SAW datang bertanya, “Wahai, Rasulullah, engkau telah member kabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki, tetapi tidka untuk kaum wanita.” Rasulullah menjawap, “Apakah kawan-kawan perempuanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?” Jawapnya: “Mereka menyuruhku seperti itu.”Lalu sabdanya : “Tidakkah seseorang diantara kamu merasa redha apabila dia hamil untuk suaminya, suaminya berada dalam keadaan redha padanya? Sesungguhnya bagi wanita tersebut pahala sama dengan seorang perajurit yang berpuasa dan alam ketika perang di jalan ALLAH; dan bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu melahirkan, semua penghuni lagit dan bumi tidak mengetahui apakah yang quanta-‘ayun (penyejuk mata/ganjaran) yang telah disembunyikan dripadanya.”
(Riwayat Ibnuu Atsir)
Alasan yang sepatutnya dibanggakan oleh wanita bakal bergelar “IBU”:
(a) Dapat membuktikan kepada suami bahawa dia wanita yang subur dan suami berhak mencurahkan seluruh perhatian, kasih sayang serta kerinduan kepadanya, kerana “sulaman kasih sayang” bersamanya kini wujud didalam rahim kekasih hatinya.
(b) Sebagai waris atau keturunan bagi memiliki penyambung keluarga yang sering menjadi impian setiap manusia.
(c) Memperolehi pahala dari Tuhan sepanjang tempoh kehamilannya dan apabila selamat melahirkan bayinya, maka dia menjadi kesejukan hati yang tidak dapat digambarkan. Seandainya wanita itu mati ketika melahirkan, maka dia mati sebagai syahidah, mati sebagai tentera demi menegakan agama ALLAH yang telah dijanjikan syurga taanpa dihisab lagi.
Semua isteri yang bakal bergelar ibu inginkan zuriat yang pintar, sihat, lincah, lucu serta comel, mendatangkan kebahagian dihati seroang ibu. Kadang-kadang timbul rasa cemas terhadap anak yang dikandungnya, maka dengan rasa nilah mendekatkan diri mereka dengan Allah.
Benarkah begitu?? Yang pasti, bagi saya ya. Kerana hati naluri seorang ibu begitu yakin. Semakin hati dekat dengan Allah, semakin tenang rasanya. Sebagai umat, ini adalah sebagai bukti yang kita beriman kepadaNYA.
Andainya kita semakin menjauhi diri kepada NYA, kita akan berasa berputus asa, mudah marah, sebaliknya kita berlindung kepada Allah dari perassan keras hati. Sebagai muslimah, kita kena selalu beringat kepada Allah dalam suka atau duka, dalam lapang atau sempit dan dalam senang atau susah.
Jadilah wanita yang banyak bersabar, bertawakal dan banyakmengingati Allah, nescaya anak itu sendiri akan mengikut sifat yang terpuji. Sebagai seorang isteri, kita harus berbagga kerana suami akan terus menyintainya dengan rasa bangga, gembira dan bersyukur terhadap Allah.
Cuman kasihsayang mengeratkan hubungan ayah dengan bayinya. |
No comments:
Post a Comment