Saturday 19 February 2011

Doa Suami Membawa Keberkatan

Seorang suami sudah tentu ingin mendapat cahayamata dari isteri yang dicintainya. 

Begitu juga  seorng isteri akan merasa begitu bahagia bila ia tahu yang dia hamil dari benih suaminya.

Pengorbanan seorang isteri begitu besar jika dia disahkan oleh doktor yang dia mandul, ternyata dia rela suaminya berkahwin lagi demi kasih sayang dan kebahagian si suami.

Selalunya si isteri akan berusaha untuk hamil sedangkan si suami pun seharusnya turut berusaha sama untuk itu.


Bagaimana petunjuk Islam dalam hal ini??

Marilah kita perhatikan friman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’ (ayat 89) bermaksud :

“Dan (ingatlah) ketika Zakaria menyeru Tuhannya, “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan aku seorang diri dan Engkau adalah sebaik-baik Pewaris.”

Ayat ni Allah menjelaskan bahawa Nabi Zakaria memohon kepada Allah agar isterinya dapat menjadi hamil supaya kelak mempunyai pewaris dari darah dagingnya sendiri.

Allah telah perkenankan doa Nabi Zakaria dan isterinya hamil.  Allah mengurniakan kesihatan dan kesuburan kepada isteri Nabi Zakaria sehingga mengandung, padahal sebelumnya dia mandul.  Lahirlah seorang putera dari rahim isterinya, dinamakan Yahya.

Kelahiran Yahya tentulah ada suatu kepentingan yang membawa kebaikan Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria.

Doa Nabi Zakaria dimakbulkan kerana beliau dan isterinya adalah hamba yang taat terhadap perintah Allah. Nabi Zakaria berdoa denga sikap merendah dan hati khusyuk yang tertumpu kepada Allah, tidak perasaan sombong dan tidak pula mengingkari nikmatNYA.

Jika mahu si isterinya dan bayinya selamat dan sihat, maka si suami hendaklah memohon kehadrat Allah serta berdoa seperti Nabi Zakaria yang sentiasa taat akan perintahNYA, berdoa dengan penuh khusyuk dan rasa rendah diri kita sebagai hambaNYA.

Insya Allah, segala doa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah, jika kita benar-benar ikhas sujud kepadaNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...