Monday, 21 February 2011

Doa Sewaktu Hamil

Wanita semasa hamil, selalunya semakin hari badannya semakin lemah.  Dari segi emosinya wanita hamil ini semakin hari semakin sensitif dan ada kalanya keras hati, seandainya tidak diturut kehendak mereka, kerana janin dalam rahim semakin membesar.  Bebanan badan, yang dikandunginya semakin berat, keadaan jiwanya akan timbul rasa cemas dalam dirinya dan ada masanya mereka gembira kerana apa yang mereka hajati telah dimakbul oleh Allah.

Apakah tuntutan Islam yang harus mereka kerjakan agar dapat membuat hati mereka tenteram, tabah dan tenang??

Jalan terbaik bagi wanita yang hamil adalah dengan mendekati diri dengan Allah, menjaga fizikal secara baik dan menjaga suasana dalam rumahtangga.  Bukan secara bersendirian kerana hal itu juga turut
dilakukan oleh si suami, disamping berdoa yang dapat dilakukan setiap solat dn juga pada waktu-waktu lain.

Apakah ada doa untuk wanita hamil??

Wanita hamil, boleh mengucap doa yang bersifat umum untuk memohon keselamatan seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.  Doa itu adalah seperti berikut:

“Ya Allah, Ya Tuhanku.  Aku memohon kepadaMu jalan-jalan yang memastikan beroleh rahmatMU, kepastian untuk mendapatkan pengampunanMu, selamat dari setiap dosa, meraih semua kebaikan, selamat di akhirat dengan mendapat syurga dan selamat dari siksa neraka.”
(Riwayat Hakim, dari Ibnu Mas’ud)

Doa tersebut dapat dibaca setiap saat tidak ada batas waktunya dan dapat dibaca doa lain yang isinya meminta diringankan penderitaan yang sedang dipikul agar tidak berputus asa serta bersedih.  Doa ini adalah;

“Ya Allah, kurniakan kepada kami rasa takut kepadaMu yang dapat mengindarkan kami dari perbuatan deritaku kepadaMu, dan kurniakan kami peluang taat kepadaMu, yang dapat menyampaikan kami ke syurgaMu, keyakinan yang dapat meringankan segala penderitaan di dunia; dan berikanlah kami menggunakan dengan sebaiknya semua pendengaran dan penglihatan serta kekuatan kami selama yang Engkau hidupkan kami, dan jadikanlah dia sebagai waris kami, dan balaslah orang-orang yang menganiayai kami dan tolonglah kami menghadapi orang yang menentang kami.  Jangan Engkau jadikan ujian yang kami hadapi dalam agama dan dunia itu menjadi kesedihan yang sangat besar bagi kami.  Jangan Engau jadikan orang tidak mahu menyayangi kami sebagai penguasa kami.”
(Riwayat Tarmizi, Nasa’I dan Hakim)

Dalam doa tersebut kita memohon kepada Allah antara lain anak yang dapat menjadi pewaris yang berguna bagi keluarga dan agama, disamping tentunya bagi diri sendiri jua. 

Banyak doa lain yang boleh kita baca ketika sedang hamil dan mereka boleh berdoa dengan bahasa apa saja yang boleh digunakan sehari-hari. 

Allah maha pemurah lagi maha penyayang terhadap hambaNYA.  Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...