Friday, 15 April 2011

Setiap Manusia yang bernyawa Allah bagi HAK termasuk pada bayi dalam kandungan

Bayi yang berusia 120 hari ke atas mempunyai status seperti mana manusia yang hidup diluar kandungan.  Bayi tersebut ada hak utuk hidup iaitu keselamatan jiwanya wajib dihormati oleh semua manusia.

Apakah yang menjadi hak bayi dalam kandungan jika sudah berusia 120 hari ke atas?? Sapakah yang wajib menjamin dan melindungi hak bayi dalam kandungan??

Tentang hak keatas keselamatan jiwa ini Allah telah berfirman sebagai berikut:

“ Dan janganlah kamu sekelian membunuh suatu jiwa yang telah Allah haramkan (utuk membunuhnya), kecuali kerana suatu hak…”
(Surah Al-Isra’ : 33)

“Hak” yang dimaksudkan pada ayat berkenaan ialah kerana yang bersangkutan melanggar larangan syariat yang hukumannya adalah humkuman mati atau hukuman bunuh.

Perbuatan jahat yang dibalas dengan hukuman bunuh (mati) ialah :


  1. Membunuh orang dengan sengaja.
  2. Lelaki atau perempuan yang telah berkawin kemudian berzina.
  3. Murtad iaitu keluar dari Islam sambil memusuhi Islam.
  4. Memberontak kepada pemeriantah Islam yang sah.
  5. Merompak atau menyamun
  6. Menghina Allah dan Rasulullah.

Pantang Wanita Hamil

BERPANTANG bagi wanita hamil dibahagi kepada dua jenis.

Pertama : pantang berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat.

Kedua : pantang berdasarkan pertimbangan perubatan.

Pantang bahagian pertama, iaitu suatu pantang bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu berdasarkan pada kepercayaan sesuatu masyarakat bahawa kalu suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, kelak bayinya akan cacat atau wanita bersangkutan akan tersiksa ketika melahirkannya.

Lenggang Perut (Upacara Wanita Hamil)

Upacara “Lenggang Perut” dilakukan ketika wanita itu hamil kandungannya berusia 7 bulan. Upacara ni menurut Islam merupakan perbuatan yang dobolehkan atau dilarang??

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya diisi dengan membaca Al-Quran surah Yusuf oleh para jemputan dirumah orang yang berhajat, disertakan pula pelbagai makanan tertentu sebagai kenduri.

“Mengapa yang dibaca surah Yusuf??” Apa pula sebabnya dalam upacara ini disertakan benda-benda tertentu dan bahan makanan tertentu?? Apakah ada tuntutan dari Rasullullah s.a.w. untuk menyelenggarakan upacara ini??

Upacara selamat hamil tidak ada tuntutannya dari Nabi s.a.w. mahupun pada sahabat.  Selamat hamil ini mucul dari tradisi penyembahan dewa atau kepercayaan anismisme. 

Setelah Islam masuk ke negeri ini lalu upacara tersebut dikelola begitu rupa dengan tambahan bacaaan surah Yusuf. Ini semua sama sekali tidak benar menurut ajaran Islam.

Sesungguhnya yang mengetahui hal-hal ghaib itu hanyalah Allah sahaja.  Allah berfirman dalam surah Al-AN’aam ayat 59 :

Ertinya : “… dan pada sisiNya ada kunci-kunci ghaib tiada yang mengetahuinya, kecuali hanya Dia semata-mata.”

Ayat ni menegaskan bahawa kepercayaan tentang hak ghaib itu tidak boleh diterima kecuali hal itu benar-benar diajarkan oleh Allah.  Jadi manusia sama sekali tidak boleh mereka-reka dengan apa cara sekalipun.

Dalam firmanNya pula dalam surah Al-An’am ayat 50;

Ertinya “ Katakanlah: “Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku memiliki kekayaan Allah dan tidak pula aku mengetahui hal ghaib…””

Ayat kedua menegaskan bahawa seorang rasul sekealipun tidak tahu sedikit pun tentang hal ghaib.  Kerana itu manusia selain rasul sudah pasti lebih tidak tahu tentang hal-hal ghaib.

Kepercayaan yang terkandung didalam upacara tersebut jelas bukan dari ajaran Allah dan RasulNya, melainkan dari reka cipta tradisi, turun temurun nenek moyang kita.

Thursday, 14 April 2011

Nazar Ketika Hamil

Seseorang wanita hamil adakalanya mengalami beberapa kali keguguran sehingga sangat sukar untuk hamil dengan sempurna sehingga bayi dilahirkan.  Sesorang wanita mungkin juga telah puluhan tahun menginginkan anak, tetapi ketika usia yang cukup lanjut  dikurniakan Allah hamil, kemudian dia bernazar anaknya kelak akan dijadikan seorang pejuang agama Allah dan sebagainya.

BAGAIMANAkah tuntutan Islam tentang wanita hamil, bernazar agar anak yang dikandungnya kelak menjadi manusia yang diharapkan oleh orang tuanya??

Berhubung dengan wanita yang bernazar, Allah sebutkan dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 35-37 bermaksud;

Thursday, 24 February 2011

Tips Penjagaan Ketika Hamil (terutama pada yang baru mula menjadi IBU)

1. Makan makanan yg seimbang 

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. jaga tingkah laku,jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah.  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

Wednesday, 23 February 2011

Tip Agar Segar Semasa Mengandung di Bulan Ramadan

  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut  lambat berasa lapar.

Puasa Bagi Wanita Hamil

Puasa dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam.  Ibadah ini tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim yang telah baligh dan sihat akalnya.

Bagaiman kalau wanita hamil tidak sanggup mengerjakannya atau menggantikannya pada hari-hari lain dengan berpuasa atau apakah gantinya itu bebentuk lain??

Untuk mendapatkan keterangan, mari kita lihat ayat Al-Quran tentang puasa Ramadhan:

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184:

“ Hai orang-orang yang beriman diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajipkan kepada orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.  Beberapa hari tertentu sesapa diantara kamu sakit atau musafir (lalu tidak berpuasa) hendaklah digantikan pada hari-hari lainnya; dan bagi orang tidak mampu melalukannya, maka gantinya ialah dengan membayar fidayah (iaitu memberi makan seorang miskin bagi setiap hari); dan sesapa dengan senang hati berbuat baik, hal itu adalah baik bagi dirinya; dan kamu berpuasa, hal itu lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui.”

Tuesday, 22 February 2011

Solat Wanita Hamil

Solat Fardu merupakan perkara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh seseorang yang bergelar muslim yang telah cukup syarat.  Walaupun dimana sahaja kita berada di bawah tanah, di angkasa lepas, di dalam dewan bedah, apa pun yang sednag kita lakukan, walau apa pun yang berlaku kecuali pengsan, gila, haid dan nifas, kita WAJIB menunaikan fardu solat.

Berbalik kepad wanita yang hamil, setiap perasaan yang dialami oleh mereka berbeza. Ada yang hamil, sejak mula-mula lagi badannya lemah, ada yang kuat sehingga sampai saat melahirkan dan ada yang tidak boleh bangun dari tempat tidurnya kerana lemah dan mual. 

Bersebadan Semasa Hamil

Ada yang beranggapan, apabila isteri yang hamil 7 bulan ke atas, suami tidak boleh bersebadan lagi dengannya. 

Kepercayaan kurafat, iaitu bersebadan dengan isteri yang hamil dapat merosakkan bayi kerana bercampur dengan mani yang baru.  Dikalangan masyarakat primitif diperkuat dengan cerita-cerita tahyul bahawa anak yang dilahirkan kelak cacat atau terganggu jiwanya.

Ada satu hadis yang bermaksud:

“Wanita hamil tidak boleh disetubuhi sehingga dia melahirkan.”
(Riwayat Abu Dawud)

Pendapat yang perlu kita teliti dengan saksama hadis yang dibawa itu.  Hadis riwayat Abu Dawud itu selengkapnya berbunyi:

Monday, 21 February 2011

Perubahan Semasa Hamil

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Setiap wanita yang hamil mengalami perkembangan fizikal mengikut bulan ke bulan.  Bulan-bulan pertama tidak begitu terasa berat dan melemahkan kekuatan jasmaninya.  Ada juga yang sejak berbulan-bulan pertama telah mengalami perubahan fizikal yang cukup berat.  Sering muntah, pening dan rasa mual, sehingga lebih banyak terbaring di tempat tidur daripada berjalan.

Keadaan ini menjadikan bakal ibu mengalami kelelahan, kelemahan dan kelesuan, bukanlah sebagai suatu azab, ini merupakan titik permulaan perkembangan jasmani yang wajar.  Allah tidak menjadikan kehamilan sebagai hukuman bagi calon ibu, tetapi sebagai kurnia dan rahmat.

Doa Sewaktu Hamil

Wanita semasa hamil, selalunya semakin hari badannya semakin lemah.  Dari segi emosinya wanita hamil ini semakin hari semakin sensitif dan ada kalanya keras hati, seandainya tidak diturut kehendak mereka, kerana janin dalam rahim semakin membesar.  Bebanan badan, yang dikandunginya semakin berat, keadaan jiwanya akan timbul rasa cemas dalam dirinya dan ada masanya mereka gembira kerana apa yang mereka hajati telah dimakbul oleh Allah.

Apakah tuntutan Islam yang harus mereka kerjakan agar dapat membuat hati mereka tenteram, tabah dan tenang??

Jalan terbaik bagi wanita yang hamil adalah dengan mendekati diri dengan Allah, menjaga fizikal secara baik dan menjaga suasana dalam rumahtangga.  Bukan secara bersendirian kerana hal itu juga turut

Sunday, 20 February 2011

Akhlak Suami Ketika Isteri Hamil

Akhlak suami terhadap isteri yang hamil, bagaimana caranya??

Wanita yang hamil perlukan perhatian yang lebih dari suami, terutama ketika beliau tengah sarat dan menunggu saat memperjuangkan nyawa yang hampir berada dihujung tanduk.

Ada juga, si suami yang tidak tahan dengan karenah isterinya, lalu dilafazkan talak..  Hal ni berlaku kepada pasangan yang kurang ada sifat sabar dan panas baran.

Marilah sama-sama kita hayati salah satu ayat di dalam Al-Quran surah Ath-Tholaq ayat 6 yang bermaksud:

… dan janganlah kamu susahkan mereka kerana hendak

Saturday, 19 February 2011

Doa Suami Membawa Keberkatan

Seorang suami sudah tentu ingin mendapat cahayamata dari isteri yang dicintainya. 

Begitu juga  seorng isteri akan merasa begitu bahagia bila ia tahu yang dia hamil dari benih suaminya.

Pengorbanan seorang isteri begitu besar jika dia disahkan oleh doktor yang dia mandul, ternyata dia rela suaminya berkahwin lagi demi kasih sayang dan kebahagian si suami.

Selalunya si isteri akan berusaha untuk hamil sedangkan si suami pun seharusnya turut berusaha sama untuk itu.

Friday, 18 February 2011

Kehamilan Tanpa Suami

Setiap wanita hamil, pasti ada yang mengaulinya, iaitu suami.  Bagaimana yang terjadi kepada wanita yang belum bersuami.  

Bagaimana perasaan mereka bila mendapat tahu yang mereka hamil?? Tentu tertekan, malu akan perbuatan, berdosa dan bagaimana harus dia mengadapi hari-hari yang mendatang.

Perasaan yang sama dialami oleh Maryam a.s, apabila malaikat Jibrail telah diutuskan oleh Allah SWT, bahawa Maryam akan mengandung tanpa suami kerana Allah telah memilihnya sebagai wanita suci.  Bayi yang dikandunginya adalah seorang Nabi. 

Berbagai-bagai perasaan yang ditanggungi oleh Maryam ketika itu, serba salah, malu dan stress.  Bagaimana harus dia hadapai masyarakat jahilliyah.  

Hal ini Allah berfirman dalam surah Maryam ayat 22 dan 23 bermaksud : “Lalu Maryam mengandungnya, lalu dia menyisihkan diri, ketempat yang jauh terpencil dengan kandungannya.  Lalu dia sakit kan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pokok kurma.  Katanya: ‘Alangkah baiknya aku mati (sebelum) kelahiran ini dan aku menjadi orang yang tidak bererti lagi dilupakan.’”

Thursday, 17 February 2011

Pahala Hamil

Setiap isteri pada umumnya mahu membuktikan kasih sayangnya dan cintanya terhadap suami.  Bukti cintanya apabila si isteri sangat gembira ianya hamil dari benih suami tercinta.  Ada separuh isteri merasa mengandung diawal perkahwinan merupakan gangguan bagi mereka yang mengejar karier.

Sekiranya ada setengah isteri enggan untuk hamil kerana pelbagai tuntutan ego dirinya,  Ini kerana, keturunan manusia akan terhenti dan dunia akan didiami oleh manusia yang bersisa untuk beberapa puluhan tahun sahaja.  Saat ni kita perlu cemas, bahawa dunia hampir kiamat.

Kehamilan bagi seorang isteri merupakan satu tugas yang mulia disisi ALLAH, bebanan kepada dirinya selagi mana caranya adalah sah dari tuntutan agama.

Tujuan Pernikahan Dalam Islam


1. Untuk Memenuhi Tuntutan Naluri setiap pasangan:

Pernikahan adalah fitrah manusia, dan jalan yang sah untuk dengan akad nikah (melalui pernikahan), bukan dengan cara yang kotor dan menjijikkan, seperti cara-cara orang sekarang ini dengan berpasangan, melacur, berzina, lesbian, homo dan sebagainya yang telah jauh menyimpang dan diharamkan oleh Islam.

2. Untuk Membentengi Akhlak Yang Mulia:

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

“Wahai, para pemuda! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk menikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukkan pandangan dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat membentengi dirinya.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, At Tirmidzi, An Nasa-i, Ad Darimi dan AL Baihaqi, dari sahabat Abdullah bin Mas’ud)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...